top of page

Hari 8 (2 Mac 2023)

Semalam kami pergi ke Luxor Temple (1 Mac 2023). Lawatan memang padat sebab perlu habiskan semua temple-temple ini dalam 4 hari 3 malam pakej cruise. Sebelum masuk ke temple ini, ada satu Obelisk (tiang tajam) dan menurut tourist guide, asalnya ada dua kerana satu lagi tiang Obelisk ada di Paris. Patutlah ketika kami ke kota Paris dulu, ada satu tiang Obelisk di Arc de Triomphe. Itu adalah Luxor Obelisk hadiah dari King Muhammad Ali kepada Perancis.


Di pintu masuk Karnak Temple ini ada Masjid Abu al-Hajjaj kerana pada zaman dahulu ia menempatkan para jemaah haji. Di dinding-dinding temple diukir gambar tawanan musuh-musuh yang kalah dengan King Ramses II. Imej tawanan dengan tangan diikat ke belakang. Terdapat juga imej King Alexander yang menerima key of life daripada dewa iaitu ketika Alexandar the Great menawan Mesir.





Pulang ke kapal, terus rehat kerana lepas subuh pada pagi esoknya (2 Mac 2023) akan pergi naik hot air ballon. Asalnya saya tidak mahu join trip ini kerana gayat tapi bagi memenuhi permintaan isteri, beranikan diri juga. Memang tidak menyesal kerana pemandangan yang dinikmati dari atas belon panas sangat cantik. Macam-macam gaya camera man suruh kami buat kerana ambil pakej photo sekali. Lebih kepada nak tolong anak-anak muda Mesir bidang Grafik yang baru habis belajar universiti.


Colossi of Memnon kami tengok dari atas belon panas kerana bas tidak berhenti untuk ziarah. Memang cantik kerana dapat tengok kota Luxor timur dan barat yang dipisahkan oleh sungai Nil. Kami diberi sijil 'Flight Certificate' sebagai bukti pernah naik belon panas yang ditandatangani oleh kapten.





Kami check out dari kapal menuju ke Valley of the Kings (Wadi al-Muluk). Banyak kubur-kubur Firaun disembunyikan dalam tanah kerana makam terbuka seperti Piramid di Giza banyak dimasuki oleh pencuri harta karun. Kami akhiri lawatan ke Karnak Temple di Luxor, temple terbesar di sini.

bottom of page