top of page

Hari 7 (1 Mac 2023)

Kami mulakan awal pagi di Edfu dengan menaiki kereta kuda untuk ke Edfu Temple yang menempatkan Ma'bad Horus (Temple of Horus). Dewa Horus yang berkepala burung helang adalah anak kepada Dewi Isis, Horus son of Isis. Fasa atau muka depan temple diukir imej King Ramses II sedang memukul kepala lawannya. Kami naik semula kereta kuda untuk pulang ke kapal.





Seterusnya menuju ke Luxor atau dalam bahasa Arab al-Aqsar bermaksud istana. Kerana ketika orang Arab datang ke sini, mereka hanya melihat puncak-puncak temple disebabkan binaan bawah ditimbus selut lalu menyangka ia adalah istana (القصور). Luxor terbahadi kepada dua, timur dan barat yang dipisahakan dengan sungai Nil. Penduduk hidup di bahagian timur dan mereka bina kuil di bahagian barat. Antara kuil terkenal dan besar di Luxor ialah Karnak Temple.


Di sini, kami dapat menikmati pemandangan sungai Nil yang sangat tenang dan mendamaikan. Beginilah pada zaman dahulu, Firaun akan membelah sungai Nil sambil melihat jajahan takluknya di kiri dan kanan sungai. Kelihatan di tebing-tebing sungai orang sedang bercucuk tanam, beriadah, kota-kota dan penempatan rumah. Paling menarik adalah ketika melalui Edfu Lock kerana air perlu dilepaskan agar kapal yang besar itu dapat turun separas dengan air di laluan kincir. Laluan sangat sempit dan memuatkan hanya satu kapal besar. Kelihatan penjual yang berusurs niaga dengan pelancong dari atas sampan kecil. Mencari rezeki untuk kehidupan.

bottom of page