top of page
Search

Hari 6 (28 Feb 2023)

  • Writer: Wan Kamal Nadzif Wan Jamil
    Wan Kamal Nadzif Wan Jamil
  • Oct 15, 2023
  • 1 min read

Bangun seawal 4.00 pagi untuk bertolak menujuk ke Temple Abu Simbel yang terletak di selatan Mesir, berhampiran sempadan Sudan. Ketika ini baru mengerti betapa perlunya belajar Feqah Musafir, bagaimana hendak berwuduk dan solat di atas kenderaan.



Kuil Abu Simbel ini terdapat dua bahagian, satu dibina untuk King Ramses II dan satu lagi kuil untuk isterinya Queen Nefertari, seorang yang berbangsa Nubia. Asalnya kedua-dua kuil ini tenggelam kerana pembinaan empangan, kemudian dengan dana daripada UNESCO ia dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi.


Selesai melawat, kembali semula kapal cruise dan bertolak dari Aswan menuju ke Kom Ombo. Sepanjang perjalanan, dapat lihat pemandangan menakjubkan kiri kanan sungai Nil. Sungguh tenang dan inilah pengalaman paling berharga yang tidak dilupakan. Di Kom Ombo, melawat Sobek Temple iaitu dewa buaya. Pada malamnya ada persembahan kebudayaan. Seronok tengok telatah para pelancong khususnya dari negara China. Kami juga dapat kawan baharu, pasangan dari Nepal yang bekerja di Jerman. Jauh berjalan, luas pengalaman.




 
 
 

Kommentare


© 2021 Travel Video Blogger. All rights reserved.

bottom of page