top of page

Hari 5 (27 Feb 2023)

Sarapan di Hotel Obelisk yang mana ia merupakan upgrade dari Agoda kerana Hotel Citimax yang kami booking penuh. Terletak betul-betul mengadap sungai Nil, sangat menenangkan dan damai. Check-in kapal cruise yang ditempah melalui Viator. Bilik yang selesa untuk perjalanan seterusnya 4 hari 3 malam di atas kapal.


Jika hendak tekan duit dari ATM, kena semak fee pengeluaran. Biasanya mesin ATM yang terletak di tepi sungai tempat kapal berlabuh, tinggi fee pengeluaran. Boleh berjalan kaki ke bank-bank di pekan Aswan yang mana caj pengeluaran duit lebih murah. Saya gunakan kad ATM Maybank dan open card untuk kegunaan oversea sebelum bertolak. Line telefon, gunakan roaming dari Celcom dengan data internet tanpa had.



Kami melawat ke High Dam sebuah empangan di Aswan. Sepanjang perjalanan, tourist guide ceritakan kisah dewa-dewi Mesir Kuno. Antaranya cerita Horus (muka burung helang) mengalahkan Set (bapa saudaranya) kerana membunuh Dewa Osiris. Dewa Osiris dan Dewi Isis adalah bapa dan ibu kepada Horus. Philae Temple yang kami ziarah selepas itu dengan menaiki bot adalah kuil yang menyembah Dewi Isis (muka wanita yang bersayap burung).


Punca Set membunuh saudaranya Osiris adalah cemburu kerana tidak boleh berkahwin dengan Isis yang dijodohkan dengan Osiris. Kata tourist guide kami, kisah ini mengambil kisah Habil dan Qabil dalam al-Quran. Kami diajar membaca tulisan Hiroglif iaitu "Her Sa Eset" bermaksud Horus Son of Isis. Horus dinisbahkan kepada ibu, Isis bukan kepada bapa, Osiris. Bertolak pulang ke kapal cruise dan berehat sebelum pagi esok pukul 4.00 menaiki bas pula ke Abu Simbel.





bottom of page