top of page

Hari 4 (26 Feb 2023)

Hari ini kami akan check-out hotel untuk naik flight dari Cairo ke Aswan. Ada dua pilihan untuk ke Aswan sama ada dengan keretapi atau domestic flight seperti Egypt Air. Kami memilih kapal terbang untuk menjimatkan masa. Sebelum bertolak dengan flight pada waktu petang, siangnya dimanfaatkan dengan menziarahi tempat-tempat berikut:


  • Masjid al-Rammah

  • Masjid Sultan Hasan

  • Masjid dan makam Syaikh al-Rifa'ie

  • Makam King Faruk (Raja Mesir terakhir)

  • Makam Shah Iran (Raja Iran terakhir)

  • Masjid Ali Pasha

  • Masjid Qalawun

  • Qal'ah Salahuddin


Antara yang mengagumkan apabila melawat masjid-masjid di Kaherah ini adalah seni bina Mamluk dan keindahan menara-menaranya. Tidak hairanlah Kaherah dikenali dengan kota seribu menara. Di Masjid al-Rifa'ie terdapat empat iwan tempat pengajian zaman dahulu yang dibahagikan kepada 4 mazhab. Singgah ke Rumah Pahang untuk tinggalkan barang dan makan sebelum menuju ke Airport Cairo. Sampai di Airport Awan pada waktu malam dan check-in di Obelisk Nile Hotel. Berjalan-jalan ke Suq Aswan sebelum itu, merasai suasana pasar malam dan melihat persembahan jalanan. Penduduk Aswan lebih gelap berbanding penduduk Kaherah kerana mereka orang Nubia. Aswan terletak di selatan Mesir berhampiran negara Sudan. Air sungai Nil di sini lebih jernih dan sejuk berbanding sungai Nil di kota Cairo.



bottom of page