top of page

Hari 3 (25 Feb 2023)

Sarapan pagi ini dengan Hamam bir Ruz (burung merpati yang disumbat nasi) dan Mulukhiyah (sup diraja). Seterusnya menuju ke National Museum menaiki Uber. Di muzium inilah tersimpannya mumia-mumia Firaun mengikut urutan tahun pemerintahan. Malangnya kamera tidak dibenarkan untuk merakam gambar-gambar mumia Firaun. Antara yang terkenal adalah Ramses II yang jika ke mana-mana temple di Mesir, akan ada patungnya.



Kemudian pergi ke Masjid Amru al-'As, Sahabat Nabi yang membuka negara Mesir. Masjid ini ditutup untuk renovasi. Kami singgah minum di maqha (kedai kopi) depan masjid ini dan naik tuk-tuk ke Coptic Museum dan Hanging Church (Kanisah Mu'allaqah). Diceritakan Nabi Isa (Jesus) pernah datang ke Mesir ketika kecil seperti yang digambarkan dalam filem The Choosen tayangan Netflix.


Kami berdua naik Metro menuju ke Syari' (Street) Muhammad Bek al-Alfi yang terdapat pelbagai makanan Mesir (Egyptian food). Antara makanan yang dicuba ialah Ummu 'Ali (bengkang roti), kibdah (hati) dan kusyari.



bottom of page