top of page

Hari 1 & 2 (23 - 24 Feb 2023)

Kembali semula ke bumi Mesir setelah 20 tahun. Menaiki flight Saudi Airlines dari Kuala Lumpur ke Cairo, perjalanan mengambil masa 11 jam 30 minit termasuk transit 2 jam di Jeddah. Sampai sahaja di Airport Cairo, disambut oleh petugas hotel yang terus membawa kami ke Hotel Amin di Downtown Cairo. Hiruk-pikuk kota Kaherah dan bunyi hon kenderaan mengimbau kenangan lama. Bermalam di Hotel Amin yang terletak di Falaky Square selama 4 hari 3 malam. Hotel ini dekat dengan stesen Metro Naguib dan Sadat jadi senang untuk bergerak ke mana-mana.


Hari kedua bermula dengan breakfast di atas rooftop hotel. Lama tak pekena roti ful dan takmiyah. Lawatan hari kedua merangkumi:

  • Tahrir Square - penuh polis jaga tapi dapat ambil gambar

  • Egyptian Museum - dapat tiket harga student selepas tunjukkan kad matrik Universiti Al-Azhar dulu



Seterusnya ke Mat'am Abu Tariq untuk rasa Kusyari yang terkenal. Isteri masih tak boleh nak menikmati makanan Mesir. Selesai makan, singgah solat Jumaat dan menaiki Uber ke Syari' (Jalan) Muizzuddin. Khalifah Muizzuddin ialah orang yang membuka kota Kaherah dari kerajaan Fatimiah. Berjalan-jalan meninjau:

  • Bab Futuh - kubu

  • Baitul Suhaimi - rumah agam tradisional Mesir

  • Masjid al-Aqmar

  • Madrasah Zahir Baibars - dari zaman Mamluk

  • Sabil Kuttab - asrama sekolah zaman dulu

  • Khan al-Khalili

  • Masjid Husain - sangat berlainan renovasinya dari 20 tahun lepas

Akibat tidak sempat solat Asar, tumpang sembahyang di sebuah kedai kerana tuan kedainya tawarkan. Habis solat, baru perasan kedai syisya rupanya! Ziarah makam Saidina Husain dan selesai solat, singgah makan nasi Mandy. Gambar penyanyi Ummu Kulthum terpampang, mengingatkan lagu malar segarnya... Alf Leilah wa Leilah (seribu satu malam). Pulang ke hotel dan berehat. Kota Kaherah bulan Februari masih terasa sejuknya pada waktu malam.







Comentarios


bottom of page