top of page
Search
Writer's pictureWan Kamal Nadzif Wan Jamil

Suratan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman 1981 & 2000

Updated: Oct 22, 2023

Suratan tangan atas buku yang dihadiahkan.



Buku 1


اهدي هذا الكتاب الى الزميل الكبير

سيناتور الحاج عبد الحميد طاهر

عضو مجلس الشيوخ في البرلمان

الماليزي .


عبد الحميد الحاج عثمان

_______________

1 شعبان 1401

4 يونيو 1981


[Terjemahan]


Aku hadiahkan kitab ini kepada sahabatkku yang dihormati

Senator Haji Abdul Hamid Tahir

Anggota Dewan Negara di Parlimen

Malaysia.


Abdul Hamid Haji Othman

_________________________


1 Sya'ban 1401

4 Jun 1981



Buku 2


الفاضل الحاج عبد الحميد طاهر

هدية مني إليك خالصة لوجه الله .


عبد الحميد

[tandatangan asal tulisan Jawi Dr. Abdul Hamid Othman]

16/4/1422 H

8/7/2000 M


[Terjemahan]


Yang berbahagia Abdul Hamid Tahir

Hadiah dariku kepadamu, ikhlas demi keredaan Allah.


Abdul Hamid

[tandatangan asal tulisan Jawi Dr. Abdul Hamid Othman]

16/4/1422 H

8/7/2000 M



 

Ulasan:


Tulisan Jawi dengan Khat Riqah oleh Tan Sri Abdul Hamid Othman. Tahun hijrah bersekali dengan masihi masih digunakan secara meluas ketika itu. Jika dengan rakan-rakan politik datuk berutus surat, dengan rakan-rakan dalam bidang agama mereka mengirim kitab. Buku 1 bertajuk المعجم المفهرس لألفاظ القرأن الكريم masih dalam simpanan penulis walaupun muka hadapannya telah tiada. Datuk amat hargai kitab ini kerana ia boleh mengira berapa lafaz perkataan yang diulang dalam al-Quran, iaitu ketika zaman masih belum ada komputer. Buku 2 bertajuk العلاج القرأني للسحر والمس الشيطاني . Dr. Abdul Hamid adalah penasihat agama kepada Tun Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Buku 1 ketika datuk menjawat jawatan Senator di Dewan Negara manakala buku 2 ketika datuk sudah tidak lagi aktif dalam politik. Namun mereka terus bersahabat.


Datuk pernah membawa penulis bertemu Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman di Sik dan penulis pernah mendengar syarahannya di ARMA (Rumah Melayu Abbasiyyah) ketika di Mesir. Datuk walaupun tidak pernah ke Mesir tapi fasih cakap Arab pelat Mesir kerana guru-gurunya di Ma'had kebanyakannya orang Mesir. Selain Dr. Abdul Hamid Othman antara rakan karibnya adalah Dato Mursyid DiRaja Syeikh Abd. Majid, mufti negeri Kedah. Menurut datuk, beliau tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke Mesir kerana ayahnya hanya kerja bendang dan tidak mampu menghantarnya belajar ke luar. Sebab itu beliau cukup seronok dan berbangga apabila penulis menyempurnakan hasratnya ini.


Pernah Dato Syeikh Majid datang ke rumah datuk dengan kereta Perdananya, bersongkok berbaju kemeja, berseluar panjang dan berbual-bual lama dengan datuk. Penulis ada sekali ketika itu. Hari Dato Syeikh Majid meninggal dunia, anak beliau menelefon datuk kerana Syeikh Majid hendak bercakap dengannya namun datuk tidak menjawab panggilan itu kerana sibuk melakukan kerja di Musolla Ahmadi (ruang belakang rumah). Hingga akhir hayatnya, beliau menyebut kekesalan kerana tidak menjawab panggilan rakan karibnya itu. Antara surat yang hilang dari simpanan datuk adalah surat tulisan tangan dari Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah (HAMKA). Datuk pernah menyambutnya ketika Pak Hamka datang ke Kedah.


Tarikh Masihi 4 Yunyu 1981 adalah 4 Jun 1981 bersamaan 1 Sya'ban 1401 manakala tarikh Hijrah 16/4/1422 H adalah 16 Rabiul Akhir 1422 bersamaan 8 Julai 2000.


اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم .

9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page