top of page

Dato' Haji Abdul Hamid bin Tahir
DSDK, SMT, AMK, BCK, PJK, JP

Tok Abah.jpg
Manuskrip Surat-surat Lama
Pautan Laman Web

Surat-surat lama seawal tahun 1951 hingga tahun 2013 milik nenda yang anak cucu panggil Tok Abah atau namanya sebenar Abdul Hamid bin Tahir.

Datuk lahir pada tahun 1924 dan sempat melalui zaman penjajahan British dan Jepun. Bahkan beliau terlibat secara aktif dalam gerakan menuntut kemerdekaan dan sama-sama berpolitik memajukan negeri dan negara.

Penulis adalah cucu lelaki sulung beliau daripada anak perempuan sulungnya dan banyak dipengaruhi oleh didikan dan ilmunya. Ketika penulis mendapat tawaran sama ada hendak ke Kolej Sultan Abdul Hamid atau Sek. Men. Berasrama Penuh Tuanku Syed Putra atau Sek. Men. Keb. Agama Kedah, datuk menemui arwah abah dan minta dimasukkan ke SMKAK. Beliau hendak seorang cucunya mengaji Arab dan belajar agama.

Bahkan penulis diberi elaun setiap bulan olehnya kerana menarik diri dari mendaftar di SBP dan belajar di sekolah agama. Tidak cukup dengan itu, pada hujung minggu penulis akan mengayuh basikal ke rumah datuk untuk belajar ilmu-ilmu lain bagi melengkapkan pengajian agama. Pengajian yang beliau ajar langsung kepada penulis adalah ilmu nahu, saraf, syair Arab, tulisan khat dan seni silat. Peribadi penulis dibentuk melalui didikan, nasihat dan doa-doa yang beliau suruh hafal dan amalkan.

 

Penulis kongsikan surat-surat lama datuk dengan kenalannya. Agar kita mengambil iktibar akan nilai persahabatan, pengorbanan dan perjuangan mereka dalam memajukan bangsa dan negara. Tiada kita pada hari ini tanpa jasa mereka yang terdahulu. Wassalam.

 

Pengalaman Berkhidmat
Setiausaha UMNO Bahagian Kedah Utara
Setiausaha PERKIM Negeri Kedah
Pegawai Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah
Ahli Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Kedah

Ahli Jawatankuasa Penasihat Urusan Haji Tabung Haji
Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
Senator Dewan Negara Parlimen Malaysia
Tenaga Pengajar di Masjid Sultanah Bahiyah
2010 - present
2010 - present
bottom of page