top of page
Search
Writer's pictureWan Kamal Nadzif Wan Jamil

Poskad Lama

Halaman 1

[...] keluarkan daripada album lama untuk tersayang kerana dia masih ingatkan ku lagi hingga kini. Amin.

23 DEC 1984

Dari Ipoh ke Kuala Kurau,

Singgah di Pangkor membeli kerang,

Masih hidup ku bawa bergurau,

Sungguhkah di kubur tinggal seorang ???


Ku pohon doa dari Mu,

Semoga berakhir

Husnul khatimah (pengakhiran yang baik)

حسن الخاتمة

Amin.


Untuk Cik Haji Lin al-Haj


Abu Fikri


Halaman 2

[...] Allah al-Azim - Abu Fikri


Rupanya dia ingatkan lagi,

Ku doa supaya dia ... !!!


Hari ini di dalam sejarah, tolong simpan baik-baik.


[Gambar datuk bersama kawan-kawannya ketika kecil seramai tujuh orang. Bergambar di hadapan sebuah jambatan. Datuk bersongkok, berdiri di tengah di gambar bertanda x]



 

Ulasan:


Datuk mempunyai dua nama, Hussain dan Abdul Hamid. Nama Lin dikenali kerana beliau gelap seperti keling (sebutan Kedah - kelin), maka kawan-kawan panggilnya Lin, abang Lin atau Haji Lin. Ketika beliau meninggal dunia, anak saudaranya Haji Mustafa yang membacakan talkin untuknya memanggil Pak Su Lin.


Datuk juga memiliki nama gelaran lain iaitu Syeikh Abduh. Ini untuk membezakan Dato' Haji Abdul Hamid bin Tahir dengan seorang lagi kawan beliau Syeikh Haji Abdul Hamid bin Md Tahir. Mereka sama-sama dari Maktab Mahmud cuma datuk lebih senior.


Poskad ini diterima daripada kawan lamanya, Abu Fikri. Persuratan poskad pada zaman itu masih lagi dihiasi pantun, ingatan dan doa.


Semoga Allah merahmati kesemua mereka lapan orang!

6 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page