top of page
Search
Writer's pictureWan Kamal Nadzif Wan Jamil

Surat Khabar Dato' Abdul Hamid Tahir 1995

Updated: Oct 22, 2023

Biografi Dato' Haji Abdul Hamid Tahir.



Terkenang Suka Duka Ketika Aktif Berpolitik


[Selepas menin]ggalkan arena politik [Tuan Haji Abdul H]amid Tahir, bekas Ahli [Dewan Undangan Negeri kawa]san Pokok Sena (1982 [-1986) berkongsi suka d]uka ketika saat beliau [aktif berpolitik. [... a]da memegang jawatan [...de]dah oleh Almarhum [...ke]rana membuat [...] untuk mengadakan [... 19]89.

[...] meminta maaf, doa [...ber]kenaan dan hanya [... baru-b]aru ini secara rasmi. [... t]ahun berkata, dia [...] Islam terutama [...]i Mekah jika diizinkan. [...be]rikan perkhidmatan [...]ar hal-hal agama dan [... Abdul] Hamid mempunyai [lapan orang anak deng]an dua anak lelakinya [meninggal dunia akibat kemalangan jalan ra]ya pada tahun 1974.

[Ketika bertemu di kediamann]ya di Lorong Menteri [2, Jalan Sultanah beliau tetap bersyu]kur kerana masih [... menda]pat pendidikan [...] awan dan swasta. [Pernah bertugas se]bagai Setiausaha [PERKIM negeri Kedah, Abdul Ham]id adalah antara [orang yang bertanggungjawab m]encari sumbangan lebih RM700,000 bagi menjayakan pembinaan asrama anak-anak yatim, Darul Aitam Walmasakin untuk memenuhi amanat Tunku Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua PERKIM Kebangsaan.

Asrama itu yang dibina di atas sebidang tanah milik Tunku di Lorong Seri dekat Alur Setar kini menjadi kenyataan dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad tahun lepas. Menceritakan kisah-kisah lama, Hamid begitu mesra dengan penulis sejak 1985 berkata beliau pernah bertugas di pejabat Mahkamah Rendah Alur Setar ketika Hamzah Abu Samah (kini Tan Sri) menjadi majistret.

Sebelum itu, katanyam beliau telah bergiat aktif dalam politik ketika zaman mudanya dengan memegang Setiausaha UMNO Bahagian Kedah Utara semasa Tun Syed Ahmad Shahabuddin (bekas Menteri Besar Kedah kini Yang Dipertua Negeri Melaka) menjadi ketua bahagian. Ketika itu, Datuk Seri Dr, Mahathir Mohamad adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah dan Tunku Abdul Rahman masih menjadi Ketua Menteri Persekutuan kerana Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan.

Beliau pernah dihantar oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bekerja sebagai pegawai kemajuan masyarakat (pengelola dewasa) di Terengganu untuk membantu Parti Perikatan menewaskan PAS yang membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya umum di negeri itu pada tahun 1959. Antara rakan-rakannya ketika itu ialah Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri (bekas Menteri Besar Terengganu) dan Menteri Muda Penerangan, Allahyarham Datuk Wan Abdul Kadir Ismail.

Kerajaan PAS hanya bertahan memerintah Terengganu selama 2 setengah tahun dan Perikatan yang disokong oleh sekutu PAS, Pasti Negara berjaya menggulingkan kerajaan PAS menerusi undi tidak percaya. Menurut Hamid, dia digelar oleh pemimpin Terengganu sebagai "Haji Hamid Dewasa" dan pernah ditawarkan untuk bertanding dalam pilihanraya 1969 di negeri itu, tetapi menolaknya.

Hamid dilantik menjadi pegawai penerangan UMNO Terengganu selama 10 tahun sebelum dipanggil balik ke Kedah oleh Menteri Besar, Datuk Syed Ahmad Shahabuddin pada 1971. Sekali lagi beliau menolak pelawaan Syed Ahmad untuk menjadi calon Perikatan dalam pilihanraya 1974, sebaliknya mahu meneruskan khidmat dalam politik sebagai pegawai penerangan UMNO Kedah.

Beliau bagaimanapun dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada dua orang Menteri Besar Kedah, Syed Ahmad dan Datuk Seri Syed Nahar Shahabuddin. Antara peristiwa yang tidak pernah dilupakan ialah ancaman-ancaman pembangkang semasa membantu kempen pilihanraya kecil di Kemaman dan pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap.

Hamid pernah mengikuti rombongan Malaysia yang diketuai oleh Dr. Mahathir (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) ke Persidangan Pertubuhan Negara Islam (OIC) di Taif, Arab Saudi. Pada pilihanraya umum 1982, Hamid menewaskan calon PAS, Datuk Sudin Wahab di kawasan Dewan Undangan Negeri Pokok Sena dengan majoriti 3,447 undi.


 

Ulasan :


Wawancara ini diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia tahun 1995 segmen "Utara" di bawah topik "Di Mana Mereka Sekarang?" tentang biografi Allahyarham datuk. Perkataan dalam kurungan [...] tidak jelas kelihatan dalam keratan akhbar.


Datuk rapat dengan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ibrahim Fikri. Setiap kali pergi melawat kubur ibunya, pasti beliau pergi ke kubur Ibrahim Fikri, mendoakannya. Rutin beliau setiap tahun pasti akan pergi ke Terengganu menziarahi kubur ibunya. Tok Bee pada akhir hidupnya terkena penyakit nyanyuk. Datuklah yang memandikannya, pakaikan bajunya dan menyuapkannya makan sebelum keluar bekerja. Berkat menjaga ibunya itu umur datuk panjang.


Datuk kehilangan dua anak lelakinya, Pak Tam Mustafa Kamal dan Pak Teh Ahmad Badri dalam kemalangan jalan raya. Nama kedua-dua anaknya itu diabadikan pada nama saya Wan Kamal Nadzif dan adik saya Wan Ahmad Hamdi. Datuk meninggal dunia pada tahun 2016 ketika umur 92 tahun dan disimpan di Tanah Perkuburan Masjid Derga bersebelahan kubur isterinya Fatimah binti Hashim dan tidak jauh dari pusara kedua-dua anak lelakinya.


اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم .

15 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page