Sijil kelahiran Dato' Abdul Hamid Tahir.
KEDAH GOVERNMENT
(...19) B NO. 7278
سالينن يغسبنر درفد راجستر برانق
CERTIFICATE OF EXTRACT FROM REGISTER OF BIRTHS
راجستر نمبر
Register No. : 660/18/43 (66/KM.B/3)
نام
Name : Hussain.
لاكي2 اتو فرمفوان
Male of Female : Male.
بفأث
Father's
نام
Name : Tahir bin Mat
فكرجأن
Profession : Bendang
بغسا
Race : Malay.
ايبوث
Mother's
نام
Name : Asma Bee bt. Haji Mahamud
بغسا
Race : Malay.
تاريخ برانق
Date of Birth : 30 . 5 . 1343
تمفت برانق
Place of Birth : Kampung Pinang, Kota Kuala Muda.
نام اورغ يغ بري ريفوت
Name of person reporting : Tahir bin Mat.
هاريبولن يغدراجستر
Date of registration : 7 . 6 . 1343
اف2 حال
Remarks : Issued with Identitiy Card
No. K 112653
Fee paid ONE DOLLAR ($1/-) بايران سريل
Certified to be a true copy from the Register of Births داكوءي سالينن يغسبنر درفد راجستر برانق
(Issued under Section 18 of Enactment No. 95).
Registrar of Births & Deaths Kedah Government
[signature]
تاريخ
Date : 14 . 6 . 1371 راجسترا برانق دان ماتي
10 . 3 . 1952 Registrar of Births and Deaths.
Ulasan:
Pada maklumat ibu hanya diperlukan nama dan bangsa tidak seperti bapa yang ada maklumat pekerjaan. Mungkin disebabkan kaum ibu pada zaman sebelum merdeka tidak bekerja. Pendaftaran tarikh kelahiran pada tahun 1952 masih lagi menggunakan tahun Hijrah. Datuk lahir pada 30/5/1343 iaitu 30 Jamadil Awwal 1343 Hijrah bersamaan 27 Disember 1924. Bayaran satu pound atau one dollar diterjemah sebagai satu riyal.
Datuk pernah menceritakan bahawa ayahnya, Tahir bin Mat adalah tok bilal atau tukang azan. Pernah menjadi pendayung perahu kepada Syeikhul Islam Kedah, Syeikh Wan Sulaiman. Juga mempunyai ilmu kebal, diceritakan ketika dia meranduk air menarik perahu yang membawa Pak Wan Sulaiman, betis kakinya penuh dengan lintah. Lantas dia mengeluarkan parang yang dibawa lalu menetak lintah-lintah tersebut hingga jatuh namun betisnya tidak luka. Pak Wan Sulaiman bertanya belajar ilmu apa ni, dan menasihatkannya suruh buang. Demikian sumber lisan. Tahir juga mendayung perahu menghantar datuk belajar ke Maktab Mahmud di Alor Setar dan Ibrahim School di Sungai Petani.
Bapa kepada Tahir iaitu Mat berasal dari Aceh. Menurut sumber lisan keluarga, Mat digelar Tok Janggut, seorang Pahlawan Aceh yang menyeberangi laut dan mendarat di Kota Kuala Muda. Berkemungkinan besar beliau terlibat dalam Perang Kedah-Siam tahun 1831-1839 melawan Siam. Daripada keturunan beliau turun generasi yang jadi bomoh patah dan ada sebuah masjid di Bagan (Butterworth) didirikan oleh keturunan beliau. Manakala bapa kepada Asma Bee iaitu Haji Mahamud bin Haji Latif digelar Tok Bai kerana suka bebai (marah). Beliau sangat anti British dan dikatakan mempunyai ilmu kebal dan pernah ditembak serta digantung British namun tak lut. Dia akhirnya menghilangkan diri.
Penulis pernah dibawa oleh datuk menziarahi kubur Tahir bin Mat di Masjid Kota Kuala Muda di Kedah. Penulis juga pernah dibawa oleh datuk menziarahi kubur ibunya, Asma Bee di Kuala Terengganu. Ibunya meninggal dunia di sana ketika datuk berkhidmat di Terengganu.
Ya Allah, rahmati dan ampunilah kesemua mereka... Amin.
Comments