Surat akuan bersumpah atas kelahiran.
(Gen. 80)
PRAECIPE No. 5 . 7 / 1 57
FEE PAID IN STAMPS 1.00
[sign] 28.1.51 Clerk.
[STATUTOR]Y DECLARATION MADE IN A [... MA]LAY STATE
[Abdul Ha]mid bin Tahir of Kota Kuala Muda.
[...] and sincerely declare that I was born in
[... Kota] Kuala Muda on 21.10.1925
[...] my Birth Certificate has been
lost during the Jap's occupation.
and I make this solemn declaration conscientiously believing the same to be true, and by virtue of the provisions of the Statutory Declarations Ordinance, 1949.
Subscribed and solemnly declared by the
above-named Abdul Hamid bin Ab. Hamid Tahir
Tahir at
Sungai Petani in the
State of Kedah
this 28th day of January
1951
MAGISTRATE Before me Supplied by
STATE OF KEDAH [signature] [sign]
(Signature of President of Sessions Court,
Magistrate or Commissioner for Oaths.)
15052 - 50,000 - 4-2-50 - S - G.P., K.L.
Ulasan:
Ini adalah Akuan Bersumpah pada zaman British. Datuk telah kehilangan sijil kelahiran ketika zaman penjajahan Jepun dan mendaftar semula pada tahun 1951 selepas Jepun menyerah kalah pada 2 September 1945.
Datuk dilahirkan pada 27 Disember 1924 di Kedah dan meninggal dunia pada 14 Ogos 2016 di rumahnya di Lorong Menteri 2, Alor Setar pada umur 92 tahun. Mendapat pendidikan agama di Ma'had Mahmud (Maktab Mahmud) dan pendidikan Inggeris di Ibrahim Secondary School / Government English School (Sek. Men. Keb. Ibrahim), Sungai Petani. Ketika di Ibrahim School, Father yang mengajar di sekolah itu pernah menyuruhnya naik ke bilik beliau mengambil kitab Bible. Beliau kagum dengan akhlak datuk dan menyuruhnya membaca doa ketika makan.
Asalnya datuk bekerja di pejabat Mahkamah Rendah Alor Setar dan selesa menjadi Pegawai Kemajuan Masyarakat negeri Kedah. Beliau 'dipaksa' aktif dalam politik apabila dipanggil oleh Syed Jaafar Albar (singa UMNO) masuk ke dalam keretanya. Allahyarham Syed Jaafar memberitahunya jika kita tidak terjun masuk dalam politik siapa lagi yang hendak memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Maka bermulalah penghijrahan beliau dari Kedah ke Terengganu. Hingga terpaksa berulang ke MCKK Kuala Kangsar untuk menghantar anak lelakinya (Arwah Pak Tam Kamal) ke asrama. Akhirnya datuk mengambil ibunya (Tok Bee) untuk dijaga olehnya sendiri di Terengganu. Begitulah pengorbanan orang terdahulu.
Comments