Surat penghargaan atas ingatan pada hari jadi.
Alamat Taligerap - PERDANA
Nombor Talipon: 84432 dan 88228 Kuala Lumpur
12 . 3 . 73
[Jata Negara]
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas ucapan selamat dan muhibah saudara pada hari jadi saya yang ke 51 baru-baru ini.
Ingatan saudara yang tulus ikhlas pada hari yang berbahagia dan gembira itu sangat-sangatlah saya hargai dan akan menjadi kenang-kenangan kepada saya untuk selama-lamanya.
Begitu juga, kata-kata mesra saudara akan memberi perangsang kepasa saya untuk terus berkhidmat membina Negara yang maju, ma'amur dan bahagia.
Salam mesra.
Abdul Razak.
[Tandatangan asal Tun Abdul Razak]
(TUN ABDUL RAZAK)
Tuan Haji Hamid Tahir,
Pegawai Kemajuan Masyarakat Negeri Kedah,
Alor Setar,
Kedah.
Ulasan:
Tun Abdul Razak adalah antara tokoh yang selalu didoakan oleh datuk hingga akhir hayatnya. Benarlah kata orang, Tun Razak disayangi oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Surat ini diterima daripada Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1973 iaitu 3 tahun sebelum Perdana Menteri Kedua ini meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
Tun Abdul Razak adalah orang yang bertanggungjawab menarik keluar datuk dari politik Kedah untuk dihantar ke Terengganu. Pada mulanya dijanjikan untuk berkhidmat selama dua tahun namun berlanjutan hingga sebelas tahun lebih. Antara tugas datuk adalah mengembalikan pentadbiran kerajaan negeri dari parti PAS kepada Perikatan.
Pemandu (driver) kepada Tun Razak pernah datang menziarahi datuk di Alor Setar dan penulis pernah bertemu dengannya.
Allah merahmati dan mengampuni mereka semua... Amin!
Commentaires